Friday 11 December 2015

LATIHAN PERIBAHASA


KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA

OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

LATIHAN PERIBAHASA

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


1 Nenek Murni tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah 

kerana dia _______________.

A buta hati

B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji



2 Atan tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap

___________________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu



3 Semasa menaiki pesawat ke Kuching, adik tidak henti-henti berbual

kerana adik ___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan

                           

4 Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum

pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong



5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah

mendirikan rumah tangga.
A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak



6 Kamal dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai

jamuan mula dihidang.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri



7 Puan Hanita masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya

walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati



8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Perabot Arian.

A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga



9 Kaguna ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah

dicerobohi pencuri.
A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati



10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para

penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan



11 Keadaan Sanif ______________________ menyebabkan dia tidak mahu

menyertai perlumbaan jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur
B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang

D bagai balak terendam


12 Jamilah dan Asmah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

A bagai ayam disambar helang
B bagai anjing dengan kucing
C bagai katak di bawah tempurung
D bagai melepaskan batuk di tangga



13 Kebanyakan penduduk setinggan Kampung Batu ________________________

kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai kaca jatuh ke batu
C bagai duri dalam daging
D bagai ayam disambar helang



14  Pak Mail _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.

A bagai melepas anjing tersepit
B bagai dihiris dengan sembilu
C bagai ayam disambar helang
D bagai kaca jatuh ke batu



15 James Wong dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.

A seperti lipas kudung
B seperti ayam berak kapur
C seperti bulan penuh purnama
D seperti kera sumbang



16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Lee Wei  dan adik-adiknya

_________________________________ .
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai ayam mengeram telur
C bagai pahat dengan penukul
D bagai wau putus tali



17 Encik Chong  _________________________ setelah menerima panggilan

ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai berumah di tepi pantai
D bagai anjing buruk kepala



18 Mak Jah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan

jiran tetangganya __________________________________ .
A seperti rumput di tepi jalan
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti mendukung biawah hidup
D seperti sudah jatuh ditimpa tangga



19 Jalan raya menuju ke Bukit Fraser agak curam dan bengkang-bengkok

seperti __________________________________ .
A bumi dengan langit
B aur ditarik songsang
C pinang dibelah dua
D ular kena palu



20 Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Dali telah

melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ .
A enau dalam belukar
B kacang lupakan kulit
C aur dengan tebing
D dakwat dengan kertas



21 Lili berasa _____________________ kerana gagal memecahkan

rekod dalam acara 100 meter.
A makan hati
B iri hati
C ada hati
D buah hati



22 Pada cuti hujung minggu, Encik Daud membawa keluarganya _____________

ke taman bunga.
A ambil hati
B ambil langkah
C ambil ringan
D ambil angin



23 Kunalan  ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam

pertandingan bercerita itu.
A makan hati
B jatuh hati
C iri hati
D ambil hati



24 Kejayaan pemain squash Nicol David telah menjadi

_______________________ rakyat Malaysia.
A buah tangan
B buah mulut
C buah hati
D buah pena



25 ___________________Puan Bee Lian   apabila mendapat berita bahawa suaminya

telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
A Makan hati
B Hancur hati
C Besar hati
D Jatuh hati



26 ___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah

rumah kosong.
A Air muka
B Ada hati
C Ada harapan
D Air tangan



27 Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankan

tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
A duit hantaran
B duit pecah
C duit raya
D duit kopi



28 Cikgu David  tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui

anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.
A ada angin
B atas angin
C naik angin
D khabar angin



29 Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu.

A rambang mata
B lupa daratan
C serkap jarang
D lipas kudung



30 Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program Pengakap Remaja  yang akan diadakan di Hutan Lipur Lentang,Pahang pada minggu depan.
A pasang badan
B pasang telinga
C ambil berat
D ambil hati

PERIBAHASA

  KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA

OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

PERIBAHASA
Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. 
Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.


Contoh:
                         Peribahasa                                                          Maksud
Ada air, adalah ikan.Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.
Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.
Sebelum ajal berpantang maut.Tidak akan mati sebelum tiba ajalnya.
Rujukan:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peribahasa&d=11
https://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa
http://sosiolinguistikdihati2012.blogspot.my/2012/04/peribahasa-moden.html

LATIHAN STRUKTUR AYAT

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA
OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

LATIHAN AYAT

Pilih ayat yang menggunakan penggunaan perkataan dan tatabahasa yang betul.

1 A -Encik Ahmad  berasal daripada Banting.
   B -Encik 
Ahmad  berasal dari Banting.
   C -Encik Ahmad  berasal di Banting.
   D -Encik Ahmad berasal ke Banting.

2   A -Jangan bersandar pada dinding yang baharu dicat itu.
     B -Jangan bersandar di dinding yang baharu dicat itu.
     C -Jangan bersandar ke dinding yang baharu dicat itu.
     D -Jangan bersandar dengan dinding yang baharu dicat itu.

3  A -Kakak membeli beg tangan kepada ibu.
    B -
Kakak membeli beg tangan dari ibu.
    C- Kakak membeli beg tangan bagi ibu.
    D -Kakak membeli beg tangan untuk ibu.

4  A- Tolong buang sampah ini ke dalam tong sampah itu.
    B -Tolong buang sampah ini di dalam tong sampah itu.
    C -Tolong buang sampah ini kepada dalam tong sampah itu.
    D -Tolong buang sampah ini dari dalam tong sampah itu.

5  A- Ibu menyembelih ikan keli di dapur.
    B -Ibu menyiang ikan keli di dapur.
   C -Ibu menjerang ikan keli di dapur.
   D- Ibu memancing ikan keli di dapur.

6   A- Kakak sedang memasak nasi di dapur.
     B -Kakak sedang membakar nasi di dapur.
     C- Kakak sedang memanggang nasi di dapur.
     D -Kakak sedang menanak nasi di dapur.

7 A Bola itu ditendang Ronaldo.
B Bola itu tendang oleh Ronaldo.
C Bola itu tendang Ronaldo.
D Bola itu tertendang Ronaldo.

8 A Pokok pisang itu menanam ayah saya.
B Pokok pisang itu ditanam oleh ayah saya.
C Pokok pisang itu tertanam ayah saya.
D Pokok pisang itu ayah saya tanam.

9 A Kami kena hujan semalam.
B Kami dikenakan  hujan semalam.
C Hujan semalam mengenakan kami.
D Semalam hujan, kami kena.

10 A Sungguh cantik kereta itu.
B Benar cantik van itu.
C Nian indah banglo itu.
D Paling bijak sekali budak itu.

11.   I Ibu pasang langsir pada tingkap rumah.
       II Pak Cik Ali menghalau anjing kurap itu.
       III Ayah pulang cepat dari pejabatnya hari ini.
       IV Budak-budak nakal itu sering berbalah.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV

12. I Para-para peserta dikehendaki mendaftarkan diri pada hari Ahad depan.
      II Azmi mencatat segala barang-barang yang hendak dibeli.
      III Dahanum sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran itu .
      IV Berbagai-bagai jenis makanan dijual di gerai itu .
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I,II dan IV sahaja

13.  I Kelawar mencari makanan di malam hari.
       II Meja itu diperbuat dari kayu.
       III Tayar kereta diperbuat daripada getah.
       IV Pada hari minggu ramai pelancong berkunjung ke pulau itu.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

14. I Lori itu terbabas di dalam parit.
      II Ramli ke kedai untuk membeli beras dan kopi.
      III Buang sampah ke dalam tong itu.
      IV Telefonnya terjatuh di dalam kolam.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

15. I Beberapa buah rumah telah hangus dijilat api.
II Semua orang murid mesti mematuhi peraturan di sekolah.
III Setiap murid terkejut apabila mendengar berita itu.
IV Kedua anaknya telah pulang ke tanah air.
A I dan III sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

16. I Batu karang boleh didapati di dasar laut.
II Buruh itu kasar bekerja dengan bersungguh-sungguh.
III Berapakah orang Greek mula bermain bola sepak ?
IV Pendapatannya daripada hasil padi tahun ini agak memuaskan.
A Idan IV sahaja
B II dan IV sahaja
C I ,II, dan III sahaja
D II ,III, dan IV sahaja

17. I Kedua-dua orang mempelai itu kelihatan berkilat-kilat di atas pelamin.
II Salmiah membeli dua bentuk kain di pasar raya.
III Keluarga Halim berasal dari Johor.
IV Rumah saya terletak di Jalan Serai Murni.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja

18. I Anak-anak Haji Mansur pandai-pandai belaka.
II Kanak-kanak itu berlari-lari di halaman rumahnya.
III Semua murid-murid perlu berbaris sebelum membeli makanan.
IV Para peserta pertandingan itu sedang menunggu giliran mereka.
A I dan IV sahaja
B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja

19. I Nama kamu siapa?
II Siapakah nama kamu?
III Nama kamu siapakah?
IV Apakah nama kamu?
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

20. I Mereka sampai di bandar pada pukul sebelas pagi.
II Cikgu Haris menghantar Fazrul ke rumahnya.
III Mereka duduk di situ daripada pagi sampai petang.
IV Mereka baru bertolak di Ipoh.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

21 I Jamal baru sahaja bertolak Kuala Kangsar.
II Bungkusan merah ini daripada siapa?
III Dia sukar tidur di waktu siang.
IV Berikan ikan itu kepada kucing.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

22 I Buku cerita itu ada pada Kakak Ida.
II Aduh, cantiknya lukisan yang awak lukis!
III Roti itu dibuat dari tepung gandum yang berkualiti.
IV Beberapa orang pengawas sedang berdiri di bawah pokok itu.
A II dan III sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D I dan IV sahaja

23. I Cikgu Erni senyuman apabila melihat telatah budak itu.
II Kaki Haris melecet apabila memakai kasut yang baru itu.
III Alat membesar suara di masjid itu sudah lama rosak.
IV Bas persiaran itu baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

24. I Sekumpulan murid sedang berkawad di padang.
II Di hujung padang itu terdapat sekawan kambing.
III Semua murid-murid harus mematuhi peraturan sekolah.
IV Di pangkal pokok rambutan itu terdapat banyak semut hitam.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I, II dan IV sahaja

25. I Orang tua itu berdoa agar anak-anaknya selamat.
II Hamisah menjahit sehelai baju kurung untuk adiknya.
III Pak cik saya sangat kaya walaupun kedekut.
IV Hadiah ini bagi ibu saya.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II dan IV sahaja

26. I Diakah yang kamu maksudkan?
II Rumah banglo Encik Bakar di situkah?
III Bilakah hari sukan sekolah kamu akan diadakan?
IV Hari sukan sekolah kamu bila?
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja

27. I Ayah singgah di kedai itu untuk membeli sekilo kayu arang.
II Sri Tupai Restoran menyediakan pelbagai jenis masakan Melayu.
III Dia disukai oleh kawannya kerana sikapnya yang tulang ringan.
IV Batu arang merupakan bahan bakar yang penting pada masa dahulu.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

28. I Saya bencikan kelakuannya yang kurang sopan itu.
II Adik Amalina suka akan anak patung itu.
III Perempuan tua itu tidak nenek saya.
IV Rumah saya dan rumah Fuad bukan di situ.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

29. I Beberapa murid sedang berbual-bual di kantin.
II Di atas pokok itu terdapat dua burung punai.
III Kebanyakan ikan di dalam kolam itu mati akibat keracunan.
IV Beberapa buah rumah di kampung itu musnah akibat banjir.
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja

30 I Setengah-setengah murid tidak suka menyertai kegiatan kokurikulum.
II Kamarul tersentak apabila namanya dipanggil oleh Cikgu Mustaffa.
III Berbagai jenis makanan terdapat di pasar malam itu.
IV "Duduklah di mana yang kamu suka," kata Rani.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja